Pantun Ramadhan dan Syawal, by M.Sddm.
Bulan Ramadhan hampir selesai,
Aidilfitri pun hampir menjelma,
Jangan lupa sambut beramai,
Ajakku sekali jika mahu pahala. :)
Berjalan kaki ke solat terawikh,
Kawan baik pulang ke Selatan Korea,
Peperiksaan Akhir hanya 3 minggu lebih,
Raya pun tak boleh terlalu bersuka ria.
Baju Melayu dililitkan sampin,
Mercun tak ada polis kata bahaya,
Kepada Semua maaf zahir dan batin,
dan Selamat Menyambut Hari Raya.